Followers

Tuesday, May 31, 2011

SATU MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN


Tanggal 3 April 2009 satu sejarah baru tercatat lagi dalam negara kita. YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak secara rasminya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam, menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.

 “ Saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat. Kita akan sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”.

Sumber ; Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan
Baca Lagi di : http://pmr.penerangan.gov.my/chainmorad/?p=253

Logo 1 Malaysia dan Maknanya

Penjelasan Logo 1 Malaysia

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Ketua Menteri Sarawak 4 (1981-2011)


Ketua Menteri Sarawak Keempat
(Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud)

Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud (lahir pada 21 Mei 1936 di Miri, Sarawak) adalah Ketua Menteri Sarawak keempat dan kini. Beliau juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Negeri.[1] Taib adalah Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen Barisan Nasional. Beliau berketurunan Melanau.
Taib secara tidak rasmi digelar Pak Uban. Dalam kalangan masyarakat Cina beliau dipanggil Bai Mao (白毛) yang bermakna "rambut putih". Nama julukan lain untuk beliau adalah "raja putih terakhir" atau "raja berambut putih", merujuk kepada keluarga Brooke British yang telah memerintah Sarawak sebagai Raja Putih pada kurun ke-19 dan ke-20.[2] Dengan memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak sejak 1981, beliau adalah Ketua Menteri / Menteri Besar paling lama berkhidmat di Malaysia.[3] Taib juga merupakan ahli parlimen kedua terpanjang berkhidmat di Malaysia selepas Tengku Razaleigh Hamzah dengan menjadi ahli Parlimen Malaysia selama 38 tahun.[4][5]

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Taib_Mahmud 


 Gambar Sekitar Perkahwinan - 18hb Disember 2010

Biodata - Perdana Menteri Malaysia 6


Perdana Menteri Malaysia Keenam
(Dato' Seri Najib Tun Razak)

Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang,
Dato’ Sri Najib merupakan putera sulung kepada Perdana Menteri Kedua,
Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan pasangannya Tun Rahah Mohd. Noah.
Dilahirkan dalam keluarga lima beradik, empat yang lain adalah
Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir.

Dato’ Seri Najib mendapat pendidikan rendah dan menengahnya di
St. John. Institute, Kuala Lumpur. Di zaman persekolahannya,
beliau menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.
Beliau gemar bermain bola sepak dan basikal. Apabila menginjak dewasa,
beliau mula berjinak-jinak dengan permainan golf, dan soccer.

Pada tahun 1974, dengan menggenggam Ijazah Ekonomi Industri,
Dato’ Sri Najib memulakan kariernya sebagai eksekutif dengan
Perbadanan Petroleum Nasional (PETRONAS) yang baru ditubuhkan oleh kerajaan
pada ketika itu. Biarpun, pada mulanya, Allahyarham ayahandanya,
menginginkan beliau menceburi bidang perakaunan,
namun minat dan kecenderungannya menjurus ke arah politik.

Pertama kali Dato’ Sri Najib menjejakkan kakinya ke dalam bidang ini ialah
selepas ayahandanya Tun Razak meninggal dunia.
Sebagai mengenang jasa Tun Razak kepada kepimpinan negeri dan negara,
UMNO Pahang kemudiannya sepakat meletakkan Dato’ Sri Najib
sebagai ahli Parlimen Pekan.
Malah, bukan sahaja Pengerusi Badan UMNO Negeri menyokong cadangan itu,
Sultan Pahang turut memperkenankan pelantikan itu.

Mula menceburi bidang politik sewaktu berusia 23 tahun
setelah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,
kawasan Pekan, Pahang. Kini, setelah 33 tahun beliau berkhidmat
bersama-sama UMNO, tanggal 28 Mac 2009, beliau diangkat sebagai
peneraju UMNO. Mengikut jejak langkah ayahandanya,
Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau tekad bangun mempertahankan
perjuangan UMNO untuk negara tercinta.

Nama: Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
Tempat Kelahiran : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Umur: 57 tahun
Nama Isteri: Datin Seri Rosmah Mansor
Anak: Noryana Najwa
             Norashman Razak


Latar Belakang Pendidikan:
• St. John Institution, Kuala Lumpur
• Malvern Boy’s College di Worchestershire, England
• Sarjana Muda Kepujian Ekonomi Industri daripada Notthingham University, United Kingdom
Sumber Maklumat : http://www.blogged.my/gotopingbar.php?ping=138636

Biodata - Perdana Menteri Malaysia 5


Perdana Menteri Malaysia Kelima
(Tun Abdullah Ahmad Badawi)

Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau yang merupakan anak sulung daripada empat beradik ini adalah anak kepada pasangan Haji Ahmad Haji Abdullah Fahim (lebih dikenali sebagai Ahmad Badawi) dan Datuk Khailan Hassan. Adik-beradik beliau ialah Ambrahim dan Mohamad.
Tun Abdullah Ahmad Badawi mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Endon Mahmood pada 4 September 1965 ketika beliau berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam. Datin Seri Endon merupakan anak sulung kembar yang dilahirkan pada 24 Disember 1940.
Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Kamaluddin dan Nori.
Datin Seri Endon telah kembali ke rahmatullah pada 20 Oktober 2005 akibat kanser payu dara. Seterusnya, Tun Abdullah mengahwini Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007 setelah hampir dua tahun hidup bersendirian.
Pemimpin yang lebih dikenali sebagai Mr. Nice Guy ini memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam, Kepala Batas dan kemudiannya meneruskan pelajaran ke Special Malay School iaitu sebuah sekolah yang ditubuhkan oleh Kerajaan British untuk pelajar melayu cemerlang di peringkat sekolah rendah.
Sejurus selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya, Tun Abdullah mula berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan dan Diplomatik (PTD) dan telah menjadi Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam bermula pada tahun 1964.
Tun Abdullah mula menceburkan diri dalam dunia politik sekitar tahun 1966. Keluarganya sendiri mempunyai pengaruh politik yang sangat kuat di utara tanah air. Malah pengikut-pengikut politik di Pulau Pinang sudah terbiasa dengan kewibawaan politik keluarga ini.
Datuk beliau Haji Abdullah Fahim merupakan pelopor awal UMNO yang mempunyai peranan penting dalam menuntut kemerdekaan daripada kerajaan British. Selain itu, Haji Abdullah Fahim adalah tokoh yang telah menentukan tarikh kemerdekaan hasil daripada perbincangan mengenainya di rumah beliau sendiri.
Bapa beliau, Haji Ahmad Haji Abdullah Fahim merupakan seorang guru agama, pegawai agama negeri dan juga penyokong kuat UMNO. Malah bapanya juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dari 1972 hingga 1977. Haji Ahmad Badawi juga pernah menjadi ahli jawatankuasa kanan kerajaan negeri, di mana pada 1972 beliau berkhidmat sebagai Exco Kanan yang memegang portfolio Hal Ehwal Islam dalam kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Tun Dr. Lim Chong Eu. Semasa Tun Dr. Lim bercuti ke luar negara, Haji Ahmad Badawi telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Menteri.
Perdana Menteri kelima ini terlibat secara langsung dalam arena politik selepas bapanya meninggal dunia pada 8 Mei 1977 dimana keputusan ini telah menukar haluan kariernya. Ketika itu beliau merasa bertanggungjawab untuk meneruskan perjuangan bapanya dan telah meletak jawatan di dalam perkhidmatan awam.
Tun Abdullah telah bertanding dalam pilihan raya bagi kawasan Parlimen Kepala Batas pada 1978 dengan memenangi undi majoriti 5,029. Disember tahun yang sama juga, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang.
Penglibatan beliau dalam arena politik semakin menyinar apabila dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO semenjak 1981. Manakala pada 1984, 1987 dan 1990 pula Tun Abdullah telah menjadi Naib Presiden UMNO melalui pemilihan di dalam Perhimpunan Agung UMNO.
Tun Abdullah terus diberi kepercayaan apabila Tun Dr. Mahathir telah melantik beliau menjadi Timbalannya sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 1999. Ketika itu juga beliau merupakan Menteri Dalam Negeri dan timbalan pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Pada 1999, beliau telah memenangi pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen Kepala Batas dengan majoriti 11,175 undi menewaskan Khalid Rasid (PAS). Dengan itu beliau telah diberikan tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri Terengganu menggantikan Tan Sri Wan Mokhtar. Selaku Timbalan Presiden UMNO. Perwakilan UMNO juga telah mengekalkan Abdullah sebagai Timbalan Presiden UMNO bagi penggal 2000-2003.
Tun Abdullah telah dilantik menjadi Perdana Menteri kelima pada 31 Oktober 2003. Upacara mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri diadakan di Istana Negara dengan disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail melalui penyerahan kuasa.
Beliau menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mana telah mentadbir negara selama 22 tahun lamanya. Apabila Tun Dr. Mahathir bersara pada bulan Oktober 2003, impak pentadbirannya amat besar ke atas landskap politik, ekonomi, pembangunan, infrastruktur, dasar luar dan minda masyarakat Malaysia.
Peralihan kepimpinan dalam kerajaan dan parti itu berjalan lancar dengan Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri kelima menjanjikan pentadbiran yang ‘tegas, adil dan saksama’.
Tun Abdullah memiliki ciri-ciri yang membolehkan beliau memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima di mana warisan kepimpinan memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa untuk menerajui negara. Antara aspek penting dalam menentukan kepimpinan dan warisan kepimpinan adalah untuk memastikan bahawa pilihan tersebut mampu untuk mengabdikan diri kepada semua rakyat Malaysia.
Pengalamannya memimpin Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Setiausaha MAGERAN akan menjadi titik-tolak kepada dasar beliau dalam mempertahankan ketuanan orang Melayu di negara ini yang juga akan bersifat agenda nasional.
Latar belakang Tun Abdullah juga penting untuk masa depan orang Melayu kerana sudah pasti beliau mahu memperisaikan diri orang Melayu degan kekuatan moral sebagai persediaan dunia akhirat. Keseimbangan pasti ditekankan supaya orang Melayu tidak alpa dalam arus kemodenan kerana semata-mata mengutamakan keuntungan material, nilai keagamaan dan kepercayaan perlu dipinggirkan. Konsep Islam Hadhari akan menjadi benteng dan corak kepimpinannya kerana apa sahaja yang yang dilakukan adalah untuk pembangunan Islam dan umatnya tanpa ada perpecahan di kalangan mereka. Malahan dalam ucapan sulung sebagai Presiden UMNO yang keenam dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004, beliau meletakkan Islam Hadhari sebagai agenda untuk menempatkan bangsa Malaysia di arena yang cemerlang.
Tun Abdullah sering mengingatkan pelbagai lapisan masyarakat bahawa beliau bukan sahaja Presiden UMNO tetapi juga merupakan Perdana Menteri Malaysia dan akan memastikan hak semua warga negara ini terpelihara. Ini kerana pembangunan perlu diimbangi dengan pembentukan perpaduan antara kaum supaya kestabilan politik tidak tergugat. Beliau memastikan bahawa apa jua keputusan yang bakal dibuat oleh beliau mendapat sokongan sepenuhnya daripada pemimpin pelbagai masyarakat supaya kepimpinan beliau berjalan licin tanpa ada cacat-celanya.
“Jangan bekerja untuk saya, tetapi mari bekerja bersama-sama saya”, ini merupakan salah satu ucapan keramatnya ketika mula-mula diangkat menjadi Perdana Menteri. Beliau mahu setiap golongan rakyat bangun bekerja bersama-sama beliau untuk membangunkan negara.
Tun Abdullah memulakan kepimpinannya dengan moto ‘Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.’ Komitmen beliau amat tinggi untuk melahirkan pentadbiran yang jujur, efisien, Islamik dan peka kepada nasib penduduk luar bandar dan wilayah-wilayah yang tidak begitu mendapat perhatian selama ini. Seorang penganalisis politik tanah air merumuskan kepimpinan Tun Abdullah dengan menulis: “Beliau menangani banyak isu-isu kecil yang mengesankan rakyat terbanyak.”
Slogan pertamanya “bekerja bersama-sama saya bukan untuk saya” telah memperlihatkan beliau mula merintis jalannya tersendiri dalam penampilannya sebagai Perdana Menteri. Jelas sekali falsafah kepimpinan beliau menganggap rakyat, pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat dan pemimpin politik, sebagai rakan untuk menjayakan cita-cita bangsa. Beliau tidak mahu mereka bekerja untuk beliau semata-mata.
Tekadnya memerangi gejala rasuah dan menjauhi rasuah merupakan permulaan pimpinannya yang sangat terpuji. Malah, pada “Hari Kualiti Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri” beliau telah berikrar sebagai seorang Islam untuk tidak melibatkan diri dalam rasuah. Beliau juga meminta pegawai-pegawai kerajaan tidak menerima rasuah dalam usaha menghapuskan gejala jijik ini. rasuah juga diisytiharkan sebagai musuh nombor satu di bawah kepimpinannya.
Elemen-elemen pentadbiran awam yang efektif, dasar luar secara berdialog, mementingkan sumber manusia daripada pembangunan fizikal semata-mata, memberi keutamaan ke atas sektor pertanian dan integrasi nasional adalah satu langkah yang sangat bijak dilakukan oleh Perdana Menteri kelima ini dalam memastikan rakyat mendapat kebaikan bersama. Ini juga merupakan gagasan yang akan menjadi kekuatan kepimpinan Tun Abdullah untuk jangka masa panjang mentadbir negara.

Sumber Maklumat : http://umno-online.com/?page_id=2915

Biodata - Perdana Menteri Malaysia 4



Perdana Menteri Malaysia Keempat
(Tun Dr Mahathir Mohamad)

Nama : 
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Lahir :
20 Disember 1925, di Alor Setar, Kedah.

Pendidikan :
Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar.
Sultan Abdul Hamid College dan Universiti Malaya (Singapura) lulus Ijazah Kedoktoran Perubatan MBS - 1953.
Kerjaya :
1945 - Aktif dalam Kesatuan Melayu Kedah, SEBERKAS dan UMNO.
1954 -
Bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Alor Setar, Langkawi dan Perlis.
1957 - Membuka klinik sendiri di Alor Setar.
1964 -
Memenangi Kerusi Parlimen Kota Setar Selatan.
1973 - Dilantik Pengerusi FIMA.
1975 - Naib Presiden UMNO.
1976 - Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri.
1981 - Perdana Menteri Malaysia Keempat

Biodata - Perdana Menteri Malaysia 3


Perdana Menteri Malaysia Ketiga
(Y.A.B Tun Hussein bin Dato' Onn)

Nama :
Tun Hussein bin Dato Onn

Lahir :
12 Februari 1922, di Johor Bahru.

Pendidikan :
English College Johor Bahru hingga lulus Senior Cambridge. 
1940 - Masuk Maktab Tentera di Dehra Dunn, India.
1958 - Lulus Ijazah Undang-undang dari Lincoln's Inn, London.

 
Kerjaya :
1942 - Bertugas di Mesir.
1945 - Pemerintah Polis Depot, Johor Bahru.
1946 - Masuk UMNO bersama ayahnya. Setiausaha UMNO Pertama.
1950 - ADO, Kuala Selangor, Klang.
1970 - Menteri Pelajaran.
1973 - Timbalan Presiden UMNO. Timbalan Perdana Menteri.
1976 - Perdana Menteri Malaysia Ketiga.
1981 - Bersara menarik diri dari politik serentak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

29 Mei 1990 - Tun Hussein Bin Dato Onn kembali kerahmatullah di rmahnya, di Kuala Lumpur. Terkenal seorang yang berhemah tinggi, merendah diri, jujur dan amat disegani. Disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.


Biodata - Perdana Menteri Malaysia 2






Perdana Menteri Malaysia Kedua
(Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein)

Nama :
Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein

Lahir :
11 Mac 1922, di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang.

Pendidikan :
Sekolah Melayu Langgar, Pekan.
Maktab Melayu Kuala Kangsar, MCKK.
1940 -
Raffles College Singapura - Pentadbiran
1947 - Ke England sebagai Queen's Scholar di bidang Undang-Undang.
1950 - Lulus LLB. (Hons) dari Lincoln's Inn, Barristar at Law.

Kerjaya :
1952 - Setiausaha Kerajaan Pahang.
1955 - Menteri Besar Pahang, Meletak jawatan - bertanding pilihanraya pertama dan menang, Menteri Pelajaran Pertama PTM. Mengeluarkan Penyata Razak yang menentukan sistem Pelajaran Negara pada 16.05.1956. Bergelar Bapa Pembangunan Luar Bandar kerana usaha gigih beliau naikkan taraf luar bandar. 
1970 - 22 September dilantik menjadi Perdana Menteri Malayisa. Pemimpin yang berhemah tinggi, jujur dan amat disegani.

14 Januari 1976 - Tun Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah di London. Jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

 

Biodata - Perdana Menteri Malaysia 1

Perdana Menteri Malaysia Pertama
(Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.)

 
Nama : 
Tunku Abdul
Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).

Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.

Kerjaya :
1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
1956 - Rombongan Merdeka ke London.
1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
1970 - Bersara dari Politik. 



06 Disember 1990 - Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.






VIDEO LAGU-SEPANJANG HIDUP (VERSI MELAYU)

Lagu For The Rest Of My Life (Versi Melayu)-Maher Zain



Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat.

VIDEO LAGU-BUKALAH MATA (VERSI MELAYU)

"Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh"

The song is very deep in meaning.It invites us to experience an OUTER JOURNEY to the universe and through INNER JOURNEY into our own self...RENUNG2KAN

LAGU MAHER ZAIN -BUKALAH MATA (VERSI MELAYU)



Lets together open our eyes, our hearts and mind...Insya Allah.

VIDEO LAGU-INSYA ALLAH (VERSI MELAYU)

"Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita nantikan berhasil "

MAHER ZAIN ....INSYA ALLAH (VERSI MELAYU)





HAYATI LIRIK LAGU DAN MUHASABBAH DIRI HIASI PERIBADI






Monday, May 30, 2011

Selamat Menyambut Gawai Dayak dan Selamat Bercuti

SELAMAT HARI GAWAI DAYAK....GAYU GURU GERAI NYAMAI...LANTANG SENANG  NGUAN  MENUA...


Tengah bercuti ini tiada apa nak buat justeru itu lantas terlintas di kepala nak buat satu blog baru....Semoga blog ini dapat kita berkongsi maklumat dan info berguna bagi kegunaan harian kita. Kepada Masyarakat Iban dan dayak di negeri Sarawak...Selamat menyambut Hari Gawai...semoga tahun ini membawa makna yang sungguh besar kepada semua sambil bergembira di samping keluarga tercinta. Kepada anak2 yang sedang bercuti tu janganlah lupakan pelajaran ye...

Sekian ...Jumpa lagi