Firman Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)Pengertian PuasaErtinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Hukum – Hukum PuasaWajibSunatMakruhHaram
Puasa wajib :Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.
Puasa Sunat :a) Puasa dalam bulan Sya’banb) Puasa 6 hari dalam bulan Syawalc) Puasa Arafah pada 9 zulhijjahd) Puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura pada 9 & 10 Muharramf) Puasa pada hari Isnin & Khamisg) Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15h) Puasa satu hari berbuka satu harii) Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.j) Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab
Puasa Makruh :a) Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahajab) Berpuasa sepanjang tahun
Puasa Haram :a) Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminyab) Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’banc) Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrikd) Puasa perempuan haid & Nifase) Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
Syarat-syarat PuasaTerbahagi kepada 2 :1) Syarat-syarat wajib2) Syarat-syarat sah
Syarat wajiba) Islamb) balighc) berakald) berupaya(sihat)e) bermukim
Syarat Saha) Islamb) Berakalc) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang harid) Niat
Rukun Puasaa) Niatb) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
Masa PuasaPuasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari
Faedah Puasaa) Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskinb) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikanc) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskind) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allahe) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpujif) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendirig) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturanf) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia
Sunat-sunat puasaa) Makan Sahur serta melambatkannyab) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manisc) Menjamu orang-orang yang berbuka puasad) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajare) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikanf) Membaca Al-Qurang) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan
Perkara makruh ketika berpuasaa) Berbekamb) Mengeluarkan darahc) Berkucupd) Merasa makanane) Bersugi selepas gelincir mataharif) Mencium wangian
Perkara yang membatalkan puasaa) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupab) Makan dan minum sepanjang haric) Muntah dengan sengajad) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengajae) Keluar darah haid & nifasf) Gilag) Pitam atau mabuk sepanjang harih) Murtad
Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasaa) Musafirb) Sakitc) Mengandung & Ibu yang menyusukan anakd) Tua
Keistimewaan Bulan Ramadhana) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkanb) Allah merahmati orang yang mengimaninyac) Al-Quran diturunkan dalam bulan inid) Iblis dipenjarakane) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.f) Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.
Menghormati Bulan Ramadhana) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.b) Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.
Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
2) Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.
Doa Ketika Berbuka Puasa
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
Qada’ Puasa RamadhanIalah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’
Hukum Qada’ Puasa RamadhanWajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran
Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)
Waktu Qada’ Puasa Ramadhan- Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.- Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.
Kifarah PuasaIalah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.
Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :1) Membebaskan seorang hamba yang beriman2) Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan berturut-turut3) Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.
FidyahIalah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.
Hukum FidyahWajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)
Sebab-sebab wajib Fidyah1) Tidak mampu melakukan ibadah puasa2) Sakit yang tidak mampu untuk sembuh3) Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu4) Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.
Followers
Saturday, July 30, 2011
Panduan Puasa Ramadhan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment