Followers

Showing posts with label PJK. Show all posts
Showing posts with label PJK. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

BOLA JARING (FREE DOWNLOAD)

Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan sama ada memanaskan badan
secara berkaitan memberi kesan-kesan yang positif terhadap ketepatan
menjaring  secara statik dalam permainan bola jaring Subjek-subjek kajian ini
terdiri daripada 20 orang pemain bola jaring pasukan  Maktab Perguruan
Ipoh Perak, Hulu Kinta, Perak. Umur purata mereka ialah 21.83  +  1.97
tahun, manakala    tinggi dan berat badan purata adalah masing-masing
berukuran 160.8 + 6.11 sentimeter dan 55.57 + 5.04 kilogram....

PERCUMA DOWNLOAD PDF

PROJEK HOKI (FREE DOWNLOAD)

Adalah tidak diketahui dengan tepat bagaimana dan dari mana perkataan hoki
atau hockey berasal. Hanya terdapat catatan rekod yang menyatakan permainan
menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya didakwa sebagai permulaan
permainan hoki sekarang, pada zaman kuno lagi. Menurut catatan itu, ia dimainkan
oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 S.M. lagi. Akan tetapi
permainan ini kemudiannya terus lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia
pertama kali diperkenalkan di England....

DOWNLOAD PDF PERCUMA

Manual Permainan Hoki (Free Download)

Manual ini ditulis khusus untuk guru-guru yang kurang berpengalaman, guruguru pelatih dan individu yang mencari panduan komprehensif untuk permainan hoki
bagi membolehkan mereka menjadi guru atau jurulatih dalam mengelolakan
pengajaran dan pembelajaran khususnya Pendidikan Jasmani di sekolah.
Manual latihan ini, berbentuk teknikal dan ansur maju serta tumpuan   kepada
kaedah untuk merancang dan mengelolakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani atau kejurulatihan. Manual ini juga memberi pand uan kepada guru-guru yang
mengendalikan kelas ganti jika seseorang guru Pendidikan Jasmani menjalankan
tugasnya di luar.
Beberapa aspek permainan hoki telah dirangkumkan di dalam manual ini, iaitu
daripada sejarah hoki, tujuan, objektif, kemahiran hoki (  mengelecek,
hantaran/pukulan, menyerkap dan menolak ), memanaskan badan, gerak kendur,
aktiviti pemulihan, aktiviti pengayaan dan permainan kecil.

DOWNLOAD PDF PERCUMA

Kesan Latihan Beban Kepada Daya Tahan Otot Kaki Pemain-pemain Ragbi Bawah Lima Belas Tahun

Kajian ini bertajuk  ” Kesan Latihan Beban Kepada Daya Tahan Otot Kaki
Pemain-pemain Ragbi Bawah Lima Belas Tahun„ . Dalam kajian ini penulis ingin
melihat perbezaan yang signifikan terhadap daya tahan otot kaki pemain -pemain ragbi
bawah lima belas tahun, dengan melakukan ujian lompat lutut separuh bengkok ( half -
squat jump) melalui latihan beban di antara ujian pra dengan ujian pos yang
dijalankan tiga kali seminggu selama tiga minggu.....

Download Percuma Dalam Bentuk PDF

Saturday, June 4, 2011

Pengurusan Sukan

8 tahap pengurusan sukan
a)      Planning (merancang)
b)      Organizing (mengelola / menyusun) – 4 prinsip pengelolaan :
-          Wujudkan pembahagian tugas dan delegasikan tanggungjawab
-          Kekalkan hierarki autoriti
-          Bentuk panduan-panduan tingkah laku
-          Buat keputusan pentadbiran berdasarkan kebolehan bukan personaliti seseorang
c)       Staffing (uruskan kakitangan)
d)      Directing (mengarah) – pentadbir pastikan kakitangan jalankan tugas ikut cara yang boleh membawa kepada pencapaian objektif.
e)      Co-ordinating (menyelaras)
f)       Reporting (melapor)
g)      Budgeting (merancang belanjawan)
h)      Penilaian – menilai perancangan sukan secara keseluruhan untuk menentukan pencapaian objektif sukan
i)        Kawalan – pastikan hasil tindakan memenuhi matlamat yang ditetapkan seberapa tepat yang boleh

Sumber : Pelbagai 

Kriteria stor sukan

Kriteria stor sukan  :
a)     Ruang – saiz yg sesuai lbh kurang 300 kaki persegi
b)      Rak – senang untuk simpan dan ambil peralatan
c)       Lokasi – berhampiran pdg, mudah ambil dan simpan, tidak terpencil.
d)      Tingkap – elakkan tingkap besar yg blh sbbkan alat rosak krn tidak tahan panas
e)      Siling – 8 hingga 10 kaki, bergantung kpd alatan
f)       Peredaran udara – alat tahan lama, elak bau, benarkan pengaliran udara
g)      Keselamatan – kukuh, susunan brdsrkan berat, alat tajam letak menegak
h)      Pintu – cukup luas utk mudah keluar & masuk alat

Thursday, June 2, 2011

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI


Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu. Kaedah kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani. Antara kaedah yang disarankan ialah :
  1. Kaedah Kuliah
  2. Kaedah Perbincangan
  3. Kaedah Kuliah-Demonstrasi
  4. Kaedah Latihan
  5. Kaedah Penemuan
  6. Kaedah Projek
  7. Kaedah Persembahan Lisan
  8. Kaedah sebahagian-keseluruhan.
Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kedah kuliah dan keadah kuliah-demonstrasi.

BACA LAGI : KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Sumber : http://bobezani.tripod.com/gerko.htm

Definisi Pendidikan Jasmani

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.
Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,
Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.
Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Maksud Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

Sumber Ilmu : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_jasmani