Followers

Pendidikan Khas

1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Negara, menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan siri dalam masyarakat.

1.2 VISI
Menyediakan Perkhidmatan Yang Berkualiti Kepada Murid-Murid Dengan Keperluan Khas Ke Arah Kecemerlangan Hidup Sejajar Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Negara

1.3. MISI
Menyediakan Pendidikan Yang Berkualiti Kepada Murid-Murid Dengan Keperluan Khas Untuk Menjadikan Mereka Insan Yang Dapat Berdikari, Berjaya Dalam Hidup Dan Memberikan Sumbangan Bakti Kepada Masyarakat Dan Negara.
2. DIFINISI PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN.
2.1 Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran
Kementerian Pendidikan. Mendifinasikan Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut.
    1. Kebolehan kognitif
    2. Tingkahlaku sosial / Perkembangan Sosial
    3. Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan
    4. Penguasaan membaca
    5. Kemahiran perkembangan (Developmental skills)
    6. Kemahiran Matematik
    7. Daya penglihatan
    8. Darjah kebolehan pendengaran
Bersambung.....