Belajar secara berkumpulan merupakan satu aktiviti yang sangat digalakkan. Dalam aktiviti ini para pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran dan saling bantu-membantu. Tuntutan adalah selaras dengan firman Allah yang bermaksud; "Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk kebajikan dan bertaqwa dan jangan bertong-tolong pada melakukan dosa dan kemungkaran"
(Al-Maidah: 2)
Beberapa panduan dalam melakukan aktiviti belajar secara berkumpulan. Panduan tersebut adalah seperti berikut;
- Bentuk kumpulan seramai 5 – 10 orang.
- setiap kumpulan perlu mempunyai ketua.
- Lantiklah seorang pencatat.
- Tetapkan satu tarikh pertemuan yang telah dipersetujui bersama
- Tetapkan tajuk yang akan dibincangkan lebih awal.
- Lakukan aktiviti pembelajaran ditempat yang sesuai.
- Sediakan peralatan secukupnya dan
- Duduklah dalam bulatan ketika memulakan perbincangan.
- Terdapat juga tatacara yang perlu dilakukan seperti;
- Ahli mesti patuh kepada ketua yang dilantik.
- Ahli mesti membuat sedikit persediaan terhadap tajuk yang akan dibincangkan.
- Hadkan masa yang digunakan.
- Mendengar dan memberi pendapat dengan baik.
- Lakukan penilaian terhadap pencapaian pembelajaran dan
- Ahli digalakkan menyalin fakta yang telah disampaikan.
Banyak faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti belajar secara berkumpulan seperti;
- Dapat menjimatkan masa.
- Dapat mengumpulkan isi dengan lebih banyak.
- Dapat meningkatkan minat dan motivasi terhadap pelajaran.
- Dapat mengelakkan rasa jemu dan bosan.
- Dapat mengelakkan rasa mengantuk.
- Dapat mengurangkan rasa malas belajar.
- Dapat memupuk rasa setiakawan.
- Dapat menambah, mengingat dan mengembangkan ilmu secara berkesan.
No comments:
Post a Comment