Followers

Monday, June 27, 2011

Langkah Am Penyediaan Item Ujian

Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu
  1. Menyediakan JSU
  2. Menulis item ujian
  3. Menyemak item ujian
  4. Menilai item ujian, dan
  5. Membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.
    1. Menyediakan JSU
Mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan menentukan bilangan soalan. Hal ini penting, supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin dikuasai oleh pelajar.
2. Menulis Item Ujian
Membina dan menulis item ujian merujuk kepada bentuk item ujian, seperti item beraneka pilihan, item mengisi tempat kosong, item berjawapan pendek, item betul-salah, item padanan atau item esei.
3. Menyemak Item UjianMenyemak item ujian adalah perlu dengan mengambilkira perkara-perkara berikut:
• Arahan hendaklah jelas, soalan mestilah tepat dan mudah difahami pelajar.
• Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar      dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.
• Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran.
• Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek tidak mengandungi petanda     (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.
4.Menilai Item Ujian
Item-item ujian ini perlu disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran. Semakan dan penilaian ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara yang hampir sama dengan apa yang disebut di atas, iaitu:
• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan mudah difahami pelajar.
• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi      maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.
• Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan semimbang untuk     mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.
• Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan.
5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item,
Kajian rintis perlu dibuat terhadap keseluruhan item/kertas ujian selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran. Kajian rintis ini perlu dilakukan agar item yang dibina bersesuaian dengan pelajar dari segi keupayaan dan pengetahuan sedia ada. Kajian rintis seperti ini perlu dibuat bagi menentukan arahan menjawab dan bahasa soalan difahami oleh pelajar. Item soalan juga tidak ada kesilapan ejaan / istilah dan kehendak soalan adalah jelas di samping mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.

No comments:

Post a Comment