Followers

Monday, June 6, 2011

KEMAHIRAN MENYOAL DALAM PROSES PEMBELAJARAN


Bertanya ditakrifkan sebagai satu aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh orang belum, tidak tahu atau kurang pengetahuan terhadap sesuatu perkara. Aktiviti bertanya berlaku apabila sesuatu konsep yang kurang difahami. Untuk mendapatkan penjelasan dan sesuatu keterangan dan untuk mendapatkan kepastian. Pelajar yang sering bertanya akan mendapat banyak maklumat. Faedah yang boleh diperolehi adalah seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
"Terdapat empat (4) faedah dan kebaikan bertanya, pertama kepada tukang tanya, kedua kepada orang yang kena tanya, ketiga kepada orang yang mendengar dan keempat kepada orang yang suka kepada tiga golongan orang di atas"
(Abu Naim)
Sesuatu pertanyaan itu mestilah dilakukan pada tempat, keadaan, cara dan masa yang sesuai dan betul. Ini perlu dilakukan supaya pertanyaan itu dapat difahami dan diterima, difahami oleh guru serta tidak mendatangkan kesan yang buruk. Terdapat beberapa tempat atau kaedah yang dicadangkan untuk bertanya, antaranya adalah seperti berikut.
  • Mengetahui tabiat seorang pengajar.
  • Pengajaran yang diberikan kurang jelas.
  • Bertanya terus kepada guru.
  • Tidak meliputi tajuk-tajuk atau perkara yang tidak berkenaan.
Menghadiri Pengajaran Di dalam Kelas.
Aktiviti pendidikan di Malaysia berlaku di dalam kelas. Oleh yang demikian para pelajar dikehendaki mendengar, memahami, menulis (mencatat nota), dan mengingat semua maklumat yang disampaikan oleh guru. Dalam proses pembelajaran dalam kelas, beberapa amalan perlu diketahui oleh pelajar. Di antara amalan itu termasuklah;
  • Mengetahui tajuk yang akan diajar.
  • Membaca sepintas lalu mengenai tajuk tersebut.
  • Membuat nota ringkas dan
  • Membawa nota-nota ringkas berkenaan di dalam kelas.
Terdapat beberapa adab atau peraturan ketika menghadiri kelas iaitu
  • Meminta restu daripada ibu bapa.
  • Memulakan dengan bacaan Bismillah ….,
  • Berdoa memohon berkat ketika melangkah ke sekolah
  • Datang lebih awal, masuk ke kelas dengan ucapan salam
  • Duduk di hadapan kelas
  • Menyediakan peralatan belajar dengan selengkapnya
  • Menumpukan perhatian dengan fikiran yang tenang
  • Membuat dan mencatat nota tambahan
  • Bertanya guru jika terdapat keraguan dan
  • Semak semula nota yang dicatat apabila kelas telah selesai.

No comments:

Post a Comment