Followers

Sunday, June 5, 2011

3 Rahsia Keyakinan Diri


“Rahsia pertama - Orang lain tidak tahu yang anda tidak yakin.” 
Begini, apabila anda rasa tidak yakin dengan diri anda terutamanya semasa berucap di depan khalayak ramai, semasa menghadiri temuduga, semasa berdepan dengan ‘boss’, semasa bermesyuarat, semasa menduduki peperiksaan dan sebagainya, orang lain tidak tahu yang anda sedang tidak yakin. Mereka lihat anda seperti biasa sahaja.

Rahsia kedua ialah ‘keyakinan diri boleh dilatih dan dipupuk’.
Biasanya apabila seseorang mengeluh tentang keyakinan diri mereka yang rendah, mereka seolah-olah rasa bahawa sifat itu diwarisi daripada ibu bapa.  Jika kita datang daripada keluarga yang bahagia, berjaya dan hebat, kita akan mempunyai semangat dan keyakinan diri yang tinggi. Begitu juga sebaliknya


Rahsia  ketiga ialah, jika kita mahu meningkatkan keyakinan diri, kita perlu ’suka dan cintakan diri kita sendiri’:)
Begini, rasa rendah diri selalu datang daripada orang yang rasa dirinya tidak berharga, tidak bijak, tidak berkebolehan dan tidak istimewa. Apabila berdiri di depan khalayak ramai, mereka rasa diri mereka tidak hebat berbanding dengan orang-orang yang berada di depan mereka lalu mereka rasa kurang yakin. Mereka juga rasa mereka kurang pengalaman lalu keyakinan diri jatuh ke lantai, tidak boleh diangkat lagi.

Sumber : Osman Affan Blog .....Sila baca selanjutnya penerangan beliau di http://www.motivasibelajar.com/


No comments:

Post a Comment