Followers

Monday, June 27, 2011

Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Terdapat para warga pendidik yang bertanya kepada kita tentang penglibatan dalam aktiviti anjuran GO dan NGO. 

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 24/1998 : dirujuk                          

Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi agensi kerajaan seperti Polis Di Raja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, atau oleh pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar seperti Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan seumpamanya. Namun demikian, penyertaan guru dan murid dalam aktiviti anjuran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah dengan pengetahuan dan kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri.

2. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan semua Pengetua dan Guru Besar supaya memaklum dan mendapatkan kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri terlebih dahulu, sebelum guru dan murid dibenarkan menyertai aktiviti aktiiviti anjuran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

3  Sehubungan dengan itu, Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara perkara seperti berikut,

(a)   Pelepasan guru dari tugas tugas hariannya tidak akan menjejaskan perjalanan dan pengurusan sekolah.

(b)      Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14 hari.

(c)      Penyertaan murid adalah dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.

(d)   Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses persekolahannya.

(e)      Terdapat guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid.

(f)   Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan.

No comments:

Post a Comment